atok dapat artikle ni dari FACEBOOK kawan atok..meh la baca…cam best je..hahaha
cuba check..betul x cara cucu mandi sebelum ni?
Sebelum itu, atok ingin bertanya. Bagaimanakah cara cucu mandi setiap hari? cucu basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau anda jirus dari bahagian tengah (badan) dulu?
cara itu kurang baik. Sebab atok pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih baik dan patut diamalkan oleh semua orang.
Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.
Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.
Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah
1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5. Melancarkan perjalanan darah.
Perlu atok katakan bahawa, samada info ini benar atau tak, atok pun tak pasti sebenarnya. atok hanya ingin berkongsi dengan cucu apa yang atok baca.
SELAMAT MENCUBA~