Khamis, 27 Januari 2011

PENIPUAN SISTEM UJRAH [ 1% ] PTPTN

hari ini atok nak kongsi soal penipuan dan perniagaan pendidikan yang sentiasa berlaku..malah, lebih parah lagi..bukan hanya sedikit mahasiswa yang terkena atas tindakan ini....apa yang berlaku sebenarnya dalam sistem ini?

image

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

artikel asal dari : http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656

apa pandangan cucu sekalian??

Comments
3 Comments

3 ulasan:

Lelord berkata...

erkkk baru jek register..

CouLeur de Chiqu3 berkata...

betul tu saya pon masih ragu2 lagi..kenapa dia nk amik kire pada 1 jun 2008? bukan kah itu dikira riba" kerana menetapkan sesuatu tempoh?

pinjaman yang sblm 1 jun 2008 dengan 3% dikira sbgai total pinjaman..kenapa perlu dicampur dgn 3% tu? ini nmpak menambah kan lgi jumlah pinjaman...

and tepoh bayaran dan jumlah byran juga ditetap kan oleh mereka? perlukan bergitu? adilkan disini?

tgklah fatwa2 yg ada dlm web tu sungguh menyampah tgk...fatwa itu betul..tap perlaksanaan ptptn yg menyelewang...

Tanpa Nama berkata...

Btl tu saya dah terkena. Tp nak buat macam mana tiada tempat buat aduan. Kira halal saja la