Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0 YANG BERSEJARAH

semalam, 9/7/2011 adalah antara hari yang bersejarah buat malaysia..hari yang mana rakyat malaysia bangun melawan penindasan dan kezaliman terhadap pilihan raya yang dilaksanakan suruhanjaya pilihanraya yang juga “sebahagian” dari komponen Barisan Nasional

imagetarikh 9/7/2011 adalah hari pembelajaran baru buat anak muda kental semangat yang ingin menghirup udara demokrasi yang subur di malaysia..pembelajaran yang mustahil untuk dicari dimana-mana dewan kuliah di seluruh universiti mahupun kolej..proses pembelajaran yang memerlukan tekad, semangat dan menuntut pengorbanan yang tinggi..ramai mahasiswa turut sama menyertai himpunan aman tanpa merasa gentar dan takut untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih..mahasiswa sanggup menggadaikan nasib mereka di universiti dan usia muda mereka..malah, pemegang biasiswa pun tidak gentar walau percaya biasiswa mereka akan dilucutkan jika didapati menyertai himpunan aman Bersih..namun, atas kesedaran yang tinggi dan berani mahasiswa turut bersama rakyat.

sebelum ini..rakyat diugut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika himpunan aman bersih diteruskan..rakyat di ugut dengan berlakunya tumpah darah dan rusuhan antara kaum..kalau sesiapa yang turun sama, mereka akan tahu siapa yang memainkan isu perkauman dan agama ini..di himpunan tersebut, soal perbezaan agama dan kaum tidak menjadi topik malah langsung tidak difikirkan..dibenak setiap rakyat malaysia yang menyertai himpunan adalah soal harapan mereka untuk melihat 8 tuntutan Bersih terlaksana..

imageyang hairannya, pekedai-pekedai melayu ada yang menutup kedai kerana bimbang rakyat merusuh..namun, peniaga cina ada yang sanggup menjadikan premis mereka sebagai tempat berehat bagi mereka yang terkena gas pemedih mata dan tempat berehat sementara..malah, melayu pun di selamatkan oleh cina yang membawa masuk orang ramai ke lobi hotelnya supaya dapat berehat dan memberikan minyak zaitun untuk menghilangkan pedih mata..ini senarionya..

soal kaum,agama,dan umur bukan menjadi topik bila kita berjuang dengan ikhlas untuk menuntut keadilan dan hak! rakyat malaysia yang pelbagai kaum ditambah lagi etnik dari sabah dan sarawak datang ke Bersih dengan membawa harapan yang sama.  perbezaan agama pun tidak menjadi soal bila titik persamaan dalam perjuangan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih ditemukan..anak muda, mahasiswa sanggup menggadaikan usia dan masa depan mereka dan yang berusia pun bangkit sama dengan harapan yang besar untuk malaysia..inilah gerakan rakyat yang paling hebat di malaysia kerana walau ditekan dan ditindas sebegitu teruk, rakyat pelbagai agama,kaum dan umur tetap bangun melawan.."

“Salute” buat mereka yang berani kecuali Patriot sebab mereka turun kerana rakyat turun "BERSIH” bukannya atas dasar perjuangan..sekadar untuk menunjukan UMNO masih wujud..

kah..kah..kah..

nak tengok siapa yang join PATRIOT??

image

melayu ke ni?

asal mana?

baru dapat kad pengenalan ke?

nanti turun mengundi dacing ye?

kah..kah..kah..

rakyat malaysia tidak akan diperbodohkan lagi!!

lihat mereka yang BERSIH

image

image

ini baru rakyat malaysia..mamat PATRIOT 2 orang tu orang mana? hahahaha

dah la pilihanraya pun menipu..turun berdemonstrasi pun nak menipu?

sampai kiamat aku tidak akan izinkan rakyat ditipu oleh UMNO dan BN

tolong pasangkan lagu ni..atok tujukan khas buat rakyat malaysia..peace!

harapan atok kepada anak muda..jangan jadi seperti ini

x sukur

pandai-pandai la nilaikan

Comments
11 Comments

11 ulasan:

Cikgu Amin berkata...

pakai baju kuning jugop ke semalam ? ekekkekkee...

Prince berkata...

atuk...ko pergi tak semalam ?

[ 18 SX ] Pertandingan Payudara @ Tetek Tercantik Di Thailand

AiMaN berkata...

@pRiNCe pergi la..turun x?

AiMaN berkata...

@mien eaststar x smpt nk pkai

Nas berkata...

polis kejammm.. geram2
cm polis negara komunis lak..

Pha Is berkata...

cayalah atok... cucu sntiassa sokong atok... teringin gak nk turun, tapi cucu dok penang..
p/s : atok x kena tangkap ke..?

Orang Kampung berkata...

caya la atok..
rupanya geng cina ada buka kedai..
ingtkan ttup semua kedai kt KL..

Tanpa Nama berkata...

Apa nama lagu ni atok?

AiMaN berkata...

@pha is bagus la..skrg kurangnya ada niat..nasib baik selamat..hihihi

AiMaN berkata...

@Orang Kampung buka..atok pun lari masuk kedai cina..hihihi..nasib baik ada cina tu panggil suruh masuk..

AiMaN berkata...

@Azrin Anuar tajuk lagu tu DARAH JUANG