Selasa, 21 Jun 2011

VIDEO MUZIK KUMPULAN GULA-GULA, M-POP DIPINGGIR?

terlebih dahulu atok nak berkongsi video klip kumpulan Gula-gula..untuk sesiapa yang belum tengok dan tidak kenal la..

sebelum ni..kecoh segenap manusia duk bising-bising pasal seketol dua rakyat malaysia yang nak jadi korea..bukan bermaksud nak tukar warganegara, tapi nak jadi orang korea terus dah..hahaha ( hyperbola )..kononnya nak bawa jalur muzik baru di tanah air malaysia iaitu M-POP ( malaysia pop ) kot..

jangan salah paham, M-POP ini bukan tiruan dari K-POP..tapi, K-POP yang mengada-ngada nak tiru M-POP..kah..kah..kah..

x percaya? huh..

malah, dikhabarkan juga..kumpulan Gula-gula lah yang menjadi pengasas utama muzik seperti ini di malaysia dan dengan tidak malu orang korea telah meniru lagu seperti mereka..lebih teruk lagi, artis K-POP dari korea tidak pernah memberikan sebarang royalti kepada kumpulan gula-gula..ini amat menghina dan menjatuhkan industri muzik tanah air..diharapkan kumpulan gula-gua dapat membawa kes ini ke mahkamah keadilan antara bangsa untuk mendapatkan keadilan bagi negara malaysia yang memperjuangan muzik M-POP supaya tidak ditiru oleh rakyat negara lain kerana M-POP ini adalah genre muzik asli dari malaysia seperti ulik mayang dan kuda kepang..

walaubagaimanapun, masih ramai rakyat malaysia tidak yakin dengan slogan “MALAYSIA BOLEH” dan cuba menjatuhkan kumpulan gula-gula dengan menuduh kumpulan gula-gula meniru gaya K-POP..benarlah kata DR. M melayu mudah lupa

tidak kurang juga yang mengutuk kumpulan gula-gula melalui laman sosial seperti di facebook dan youtube..malah, hitler menjadi manusia paling lantang menentang kumpulan gula-gula

image

nasib baik ketidakpuasan hati rakyat malaysia tidak ditunjukkan melaui demonstrasi aman seperti BERSIH 1.0 dan juga BERSIH 2.0 yang akan dijalankan pada 9 julai 2011..

jika dihitung pada bilangan dislike pada video Kumpulan Gula Gula - Suka Gitu (K-Pop Malaysia) diatas..atok amat terkejut kerana amat besar bilangan dislikes..

image

mereka yang dislike video ini adalah mereka yang tidak suka pada muzik tradisional tanah air..mereka seolah-oleh menghina malaysia dan sanggup memuja artis K-POP yang jelas bukan senegara tambahan pula meniru gaya muzik asli tanah air.

sebelum ni, pernah atok kecam satu kumpulan muzik lelaki yang x sedar diri kerana mendakwa mereka kumpulan K-POP walhal orang korea yang tiru muzik kita..nak tahu siapa??

image

selepas dikutuk hebat, kumpulan tersebut secara rasminya menukar nama kumpulan menjadi MAX 247…nampaknya kumpulan ini masih menghormati nasihat atok sebagai orang tua..tahniah kerana mendengar nasihat berguna..

setakat itu saja dari atok buat masa sekarang..atok ucapkan selamat memperjuangkan muzik tanah air..

dibawah ni atok sertakan gambar dan nama artis-artis K-POP yang meniru gaya kumpulan Gula-gula..atok harap cucu-cucu dapat boikot mereka nih!

image

p/s : atok suka-suka je..jangan salah paham..baca hingga paham sebelum LIKES atau KOMEN..

hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Comments
5 Comments

5 ulasan:

Aim Zulhashim berkata...

guwa suka grup GULA-GULA ni sebab ade cun walaupun DRUMSTIK besar. hahaha!

http://chronohunterz.blogspot.com/2011/06/utusan-sila-jangan-melampau-sangat-hina.html

AiMaN berkata...

hahaha..tu part yg best..klu bli ayam..atok pilih drumstick paling besar

Along Usop berkata...

awuk awuk awukkk!!!


makan dalam sampai dasar lah dorang!!...


hahahahahaha...

puteraduyong berkata...

suka drumstick...! :)

AiMaN berkata...

@Along Usop nasib la badan