Selasa, 21 Jun 2011

RAKYAT MALAYSIA PALING KETAGIH SEKS?

image

manusia diberi pilihan..antara baik atau buruk..tiada ditengah-tengah..hanya ada syurga dan neraka..

sejak semalam atok meniti dari berita ke berita, dari portal ke portal, dari blog ke blog..huh! banyak jugak cerita seksnya..antara kisah seks yang paling femes dalam alam melayu adalah

  1. kes video seks yang difitnah melibatkan pemimpin pembangkang
    • atok x dapat mengesahkan siapa pelakunya..malah, sudah berbulan-bulan polis menyiasat dan janjinya hanya perlukan 2 minggu untuk mengetahui siapa pelakunya..namun, sehingga sekarang ketua polis negara tidak mampu menunjukkan pelaku dalam video tersebut..yang mereka tahu jam omega dan ketulenan video semata-mata..
  2. kisah seks melibatkan keluarga sendiri atau sumbang mahram.
    • kes seperti ini amat banyak dibicarakan dalam blog..malah, semalam gempar dengan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah keatas ayah dan anak yang berzina hingga melahirkan 3 orang anak..kes-kes sebegini amat banyak dihurai dalam blog-blog
  3. cerita lucah/seks
    • yang ni pun boleh tahan banyaknya..atok terkejut bila menaip carian cerita lucah dan melihat hasil carian di GOOGLE
    • image
    • terdapat lebih daripada 7,030,000 carian yang terkandung dalam pencarian google..betapa banyaknya blog atau portal yang mengandungi perkataan “CERITA” dan “LUCAH”
  4. yang paling disukai remaja..3gp..
    • pada mulanya atok hairan..apakah yang ada dengan 3gp..ianya hanyalah format video di telefon bimbit..setelah selidik sedikit demi sedikit, rupa-rupanya bani melayu ini sedang ramai memuatnaik video seks yang dirakam dengan telefon bimbit masing-masing..ohh..alangkah malunya..malah, bertambah ramai lagi yang memuat turun 3gp tersebut..
    • nampaknya semakin bertambah koleksi video seks melayu di internet.

di atas hanyalah sedikit kes atau cerita yang panas tentang seks di alam maya ini..berlambak lagi kes yang boleh ditemui..asalkan rajin mengkaji dan sedikit berfikir..namun, jangan kita tumpang menambah dosa dengan carian dan bahan seperti ini..

atok sekadar menasihati..

buat datuk, nenek, ayah, ibu, abg, kakak, dan adik diluar sana..pantaulah kegiatan ahli keluarga cucu..jangan kerana seketika kecuaian..keluarga kita menjadi seperti berita dibawah..nau’zubillah..

Bapa aniaya seks anak tiri selama 7 tahun dipenjara

21/06/2011 4:06am

MELAKA 21 Jun – Seorang pengusaha kedai makanan ringan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menganiayai anak tirinya secara seksual selama tujuh tahun sejak mangsa berusia sembilan tahun.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki tersebut yang berusia 43 tahun selepas tertuduh mengaku melakukan perbuatan sedemikian terhadap mangsa yang kini berusia 15 tahun.

berita penuh : Utusan Malaysia Online – Terkini

Pemuda rogol kakak saudara berusia 16 tahun ditahan

21/06/2011 4:08am

KENINGAU 20 Jun – Polis menahan seorang pemuda berusia 27 tahun setelah dipercayai merogol kakak saudaranya berusia 16 tahun sebanyak dua kali di Kampung Biah, di sini pada 30 April dan 30 Mei lalu.

Suspek ditahan semalam, beberapa jam setelah mangsa yang tidak bersekolah bersama ibu bapanya membuat laporan polis.

berita penuh : Utusan Malaysia Online – Terkini

ini berita yang terkandung didalam utusan pada hari ini sahaja! adakah kita mahu melihat kes seksual sebegini setiap hari? renung-renungkan

atok masih terfikir…adakah rakyat malaysia merupakan manusia yang paling ketagih seks didunia??

Comments
4 Comments

4 ulasan:

~~Ticer Wann~~ berkata...

bila nafsu merajai diri macam ni la jadi... sedihnya tak terkira..dah la bangsa sendiri yang memegang title Islam.. =.=

jemput ke blog

Kita ‘speaking’ sket..mau tak?

Ada beran?

AiMaN berkata...

@~~Ticer Wann~~ x tahu la apa yang akan jadi pada tahun-tahun hadapan.

forever love berkata...

hurm.. atas diri sendiri jugak... al-quran ditinggalkan.. islam hanya atas IC..

AiMaN berkata...

@forever love mungkin kerana kefahaman islam yang kurang dan peluang yg terbuka