Ahad, 26 Jun 2011

[FORWARD] PESANAN PENTING KEPADA PESERTA BERSIH!

image
Teknik rahsia PDRM dan cara penyelesaian...Oleh : AdukaTaruna
Teknik 1. Hapuskan imej keperluan.
Imej keperluan BERSIH 2.0 perlu dihapuskan. 800 report polis. Perbahasan mengenai keburukan. Ancaman melakukan huru-hara. Sabotaj. Tinjauan pendapat. Media dan pelbagai cara bagi menghapuskan imej keperluan Bersih.
Cara penyelesaian : Setakat ini, status quo. Kita hanya berjaya menjelaskan kepada pengundi media baru. Manakala pengundi media hutan still hutan.
Teknik 2. Hapuskan leader.
Leader demo akan ditahan sebelum 9 Julai. Mat Sabu, Dr Hatta antara leader wajib ditahan. Gua bagi istilah leader level 1. Motifnya ialah bagi membuatkan puluh ribu peserta menjadi anak ayam kehilangan ibu.
Cara penyelesaian :
  1. Leader level 1 harus mengelak dari ditahan sebelum 9hb. Lepas 9 hb nak kena tangkap di lampu isyarat pun takpe. Leader level 1 harus memasuki KL lebih awal.
  2. Ada ratus leader dari pemuda PAS, PKR yang tidak menonjol, tetapi masih bertaraf public figure. Taraf public fugure penting bagi mendapatkan kepatuhan. Agih2kan mereka untuk setiap port (Sogo, Kg Baru dan DBKL). Mereka akan ambil alih tugas seandainya leader level 1 gagal hadir di setiap port.
Teknik 3. Hapuskan komunikasi.
  1. Setiap no telefon yang didaftarkan atas nama leader level 1 akan mengalami gangguan sementara / dipintas menjelang 9hb Julai.
    • Cara penyelesaian : Guna no telefon Nasharuddin Mat Isa / Hadi Awang atau sesiapa yang tidak ditakuti UMNO buat sementara.
  2. Signal telefon di setiap port juga akan gagal berfungsi. Sama ada sesak atau sabotaj.
    • Cara penyelesaian : Guna wacky talky kot. Atau gua komunikasi manual. Yakni ada pembantu yang menerima arahan secara lisan dan berlalu mencari kawasan yang mempunyai signal.
  3. Megaphon (pembesar suara) akan dirampas pada detik2 awal leader level 1 membuat arahan (gua berani bet, kerat jari Xenan kalau gua salah).
    • Cara penyelesaian : Sediakan megaphone yang banyak di setiap port. Ada stok yang dipegang Unit Amal. Paling praktikal ialah peserta demo yang puluh ribu halang PDRM dari merampas megaphone. Tapi boleh ke? Peserta demo Melayu ma.
Teknik 4. Hapuskan logistik.
Kenderaan jenis pengangkut akan dilengahkan. Bas, keretapi, van. Keretapi dari Kelantan akan sampai di Kuala Lumpur pada 4 petang berbanding 10 pagi pada hari biasa. LRT, komuter tergendala atau tidak berhenti di stesen berhampiran port. Kesemua sekatan di pintu masuk sempadan Kuala Lumpur hanya akan dilepaskan pada jam 4 petang.
Cara penyelesaian :
    • Masuk KL lebih awal dari 9 hb. Peserta tuan rumah (KL dan Selangor) diharapkan berjaya hadir di port paling banyak bagi menggantikan peserta luar yang gagal melepasi sempadan.
    • Guna motosikal / basikal untuk masuk ke port.
Teknik 5. Hapuskan punca2 trend / fenomena.
Tangkapan awal secara rambang. Antara bahan yang dijadikan alasan tangkapan ialah risalah / bahan kempen / baju yang berkaitan dengan warna kuning atau word BERSIH atau kedua-duanya sekali. Juga peralatan rakaman yang dibawa. (Polis yang takut dengan peralatan rakaman mungkin jemaah Rusila dahulunya).
Cara penyelesaian : Jangan pakai baju BERSIH sebelum tiba di port. Bawa benda2 yang memungkinkan polis boleh membuat alasan tangkap secara sembunyi2 ke port. Pandai2lu la nak buat caner. Tapi yang penting, lepas settle himpunan, pakat balik ke rumah masing2 dengan KUNING! Ianya adalah pesta rakyat Malaysia!
Teknik 6. Hapuskan matlamat.
Matlamat menggabungkan peserta 3 port akan digagalkan. PDRM sudah belajar sejak BERSIH 1.0 2007 lagi.
Cara penyelesaian : Jangan guna konsep ibu dan anak ayam. Tetapi guna konsep air. FRU dan jentera hanya mampu menyekat di jalan besar. Bukan lorong2 tikus. Letakkan Unit Amal yang mahir jalan KL di setiap port. Mereka akan membawa peserta secara konsep air, bukan konsep ibu dan anak ayam.
Dalam satu2 port, beberapa laluan yang dibawa beberapa Unit Amal keluar dari jalan besar untuk sementara (mengelak sekatan), dan kembali ke jalan besar semula (untuk bergabung). Bermatlamat bergabung dengan peserta 3 port. Ingat falsafah ini :
Tiada jalan raya, tiada meriam air FRU.
Lebih banyak laluan keluar dari jalan besar, lebih kurang kekuatan FRU untuk menyekat.
Matlamat berkumpul di istana negara akan digagalkan. PDRM sudah belajar sejak BERSIH 1.0 2007 lagi. PERKASA dan Pemuda UMNO sahaja yang dibenarkan berkumpul depan pintu istana bagi menampakkan jumlah yang ramai.
Cara penyelesaian : Selain dari cara 1 di atas, cara paling berkesan ialah meninggalkan bangsa Melayu anda untuk seketika. Menjadi peserta muslim yang bukan Melayu boleh melanggar sekatan FRU.
Teknik 7. Hapuskan imej kejayaan.
Imej kejayaan BERSIH 2.0 perlu dihapuskan. Gagal capai angka, kemusnahan, kerugian, kemarahan awam, etc akan berleluasa di media pengundi hutan. BERSIH gagal serah memo, PERKASA dan Pemuda UMNO berjaya.
Cara penyelesaian : Setakat ini, status quo. Kita hanya berjaya menjelaskan kepada pengundi media baru. Manakala pengundi media hutan still hutan.
Difikir oleh AdukaTaruna
Comments
4 Comments

4 ulasan:

emi nizam berkata...

good la atok..u join ke nnt? :D

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa pakai helmet atau baju besi takut kena bedal ngan FRU.Klau kena tangkap tido lock-up.Wang jamin lu sendiri pandai pandai la cari.Gadai gelang bini,rantai bini boleh juga.

AiMaN berkata...

@emi nizam join..see u there..

Syazana Zainn berkata...

yeah!
jangan jadi mak ayam sudeh.
BERSIH :D