Rabu, 4 Mei 2011

NAJIB DAN NIK AZIZ..SIAPA YANG LEBIH ISLAM?

cewah..atok hanya lontarkan persoalan..semuanya akan terjawab kalau cucu baca kenyataan media dari dua pemimpin parti dan negara ini…

image

Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama

Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur.

Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

"Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.

Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam.

"Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya.

Perdana Menteri berkata serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

berita penuh : Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama – Malaysiakini

 

Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama

imageDatuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.
"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.

sumber : Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama – Malaysiakini

DAH TERJAWAB?

Comments
7 Comments

7 ulasan:

Orang Kampung berkata...

aku sokong nik aziz..
najib kuat kipas..

Akunyer berkata...

berbezanya pandangan dan pendapat....

jaya jr berkata...

pak jib cakap bajet bagus,padahal takde isi..bikin malu ade

rozie berkata...

hi..
saya blogger baru..
nice blog...saya suka..
thanks..
dan salamperkenalan...

c-tea berkata...

tak sokong mana-mana..sebb agama islam tidak benarkan pembunuhan terhadap orang tak bersalah..dan itu yang osama pernah buat...sama macam apa yang amerika buat...membunuh orang awam..dalam islam hanya boleh berperang sekiranya pihak lawan menyerang kite dahulu...dan sebenarnya siapa yang serang siapa dulu??

dan kite yang kecik je kat dunia ni..seharusnya buat kajian sebelum menuding jari..pernah baca salasilah mengapa amerika mencari osama???adakah hanya sebab die serang amerika???

tamo sokong mana-mana...tepuk dada tanya iman dalam diri..sekarang negara islam banyak sedang musnah kerana ada pemimpin "kuku besi" dalam pemerintahan...kite bersyukur lagi la..kat mesia ni ade lagi melayu tulin yang amalkan agama islam dengan baik..

samada melayu tulin tu najib atau nik...kite tak ade hak untuk bertimbang tara..

mungkin najib maksudkan...kalau tiada osama, amerika akan berhenti menyerang negara islam...

dan mungkin maksud nik, kita harus doakan pemergian osama kerana dia agama islam..

tapi islam tidak halalkan keganasan...

niat tidak menghalalkan cara...kan bagus kalau dari dulu osama gunakan hartanya untuk bantu orang islam..bukan menjadi pengganas...akibat keganasan beliau..seluruh umat islam terkena tempiasnya..betul tok??

Abu Huzaifah berkata...

oke... sebenarnya yg mencipta keganasan itu sendiri adalah amerika dan kuncu2nya.. Mereka si anjing ni lah yang membuat kan orang Islam marah. dan terus mengganas.

WTC 9/11.. konspirasi Amerika utk menfitnah org Islam sebagai pengganas. Fitnah terbesar.. media massa mereka ambil peranan menghasut

Afganistan, iraq dan libya... sekrang dah di kuasai Amerika.. sbb ape?? kononnya nak tnjuk mereka ni hero..menentang keganasan..

Israel zionis Laknat.. adalah pengganas sebenarnya.. mereka lah yg paling bnyak memhalalkan pembunuhan rakyat palestine..

kenapa semua ni terjadi?? kerana semua umat Islam di dunia tidak bersatu.. msing2 dengan pendapat sendiri..

jika Umat Islam Dunia bersatu.. jemaah smbhyang subuh sama ramainya seperti jemaah sembhyg jumaat. InsyaAllah... Zionis dan tali barutnta Amerika akan gelisah dan takut...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kalau benar osama telah tiada, doakan yg terbaiklah utk dia

kita pun tak tahu adakah dia master mind, tak nak buat tuduhan, lgpun tiada bukti kukuhkan

psl najib, sebagai pemimpin yg ada hak, jadikan msia benar2 negara islam drpd zahir dan juga batinnya

kepimpinan melalui teladan

sy yg tak menyokong mana2 pihak

sekiranya tampuk kepimpinan di ambil alih, sy tetap berseru, jadikan negara msia negara yg benar2 Islam :-)

mari sama2 muhasabah diri :-)