Ahad, 13 Februari 2011

PETUA HILANGKAN HITAM BAWAH MATA

image

dah lama kan atok x berkongsi petua orang tua dahulu kala..petang ni atok nak berkongsi sikit pasal petua lebam hitam bawah mata..aishh…atok pun ada masalah ni..almaklum la, proses penuaan orang kata..hahaha

ok lah..kalau ada sesiapa nak follow atok punye petua ok la..atok pun jumpa petua ni dalam kitab kuno perubatan melayu jawa ( tipu je )…susah nak dapat ni..kene terjemah dari bahasa sanskrit ke dalam bahasa melayu..apa pun, atok dah terjemahkan dan cucu semua boleh baca..

 

Ikuti cara2 seperti berikut;

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

8. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.

insyaALLAH  la menjadi..tapi atok x boleh janji..mencuba dulu la yep..

SELAMAT MENCUBA DAN BERAMAL~

Comments
2 Comments

2 ulasan:

Unknown berkata...

interesting!!

tomato berkata...

malas mencuba tak de hasilnya.. hehe