Sabtu, 4 Disember 2010

MANUSIA

salam cucu…hmmm..atok tengah pening sekarang..bermacam masalah..

maaf la kalau penulisan kali ini ada cucu yang tidak berpuas hati dan merasa bosan..sebab penulisan ini adalah luahan rasa hati si jari..

bagi cucu yang malas membaca..jangan baca..sebab entry ini amat membosankan…

pada mulanya atok nak tulis entry ni di blog mata LENSA..itu pun blog atok..tapi yang itu lebih kepada pandangan atok dalam sosio-politik-ekonomi..tapi entry MANUSIA adalah bersifat general..hanya mengajak manusia untuk berfikir..

alkisah….

manusia…siapa manusia ini? apakah jenis manusia? mengapa manusia amat pelik sikapnya..adakah kita manusia?

manusia terlalu kompleks untuk ditakrifkan..semenjak kita lahir..kita sudah berupaya bersuara tangisan dan mendengar..bagi mereka yang kurang upaya dan istimewa…atok tumpang bersimpati dengan kelahiran mereka..

di awal 4 bulan tua…bayi lagi kita..sudah mampu bergelak ketawa…mampu menangis meminta secebis perhatian..mampu tersenyum disaat si ibu mencium tapak kaki yang begitu halus dan lembut sekali..namun, disaat itu..kita masih lagi dungu untuk berfikir bahawa ibu mencium tapak kaki kita kerana syurga sebenarnya dibawah tapak kaki ibu.

usia setahun…semakin galak sikap kita..cuba melangkah ke sana ke mari..satu langkah mendapat pujian dari bapa..satu langkah lagi mendapat sekuntum senyuman dari ibu..

semakin tua kita..tanpa kita sedar, kita sudah mampu berfikir dan menganalisis dan membuat kesimpulan sendiri..mencuba untuk sentuh apa yang ada..cuba merasai betapa sejuknya starika panas..betapa panasnya ais..di saat itu, kita sudah tahu bahawa air tidak semestinya rasa susu…

di alam persekolahan..soal perasaan sudah muncul..rasa takot, gembira, suka dan benci sentiasa menghantui diri..seawal tadika, kita mampu untuk membina perhubungan..membina perhubugan sesama spesis..kita juga sudah belajar untuk memberontak..namun, di saat itu, kita merasakan..kita yang betul

selepas tamat sekolah, segalanya telah berubah..masing-masing membawa haluan masing-masing..malah, ada sesetengah dari kita yang mampu membina perhubungan yang lebih serius..apakah jenis dan bentuk perhubungan itu, hanya diketahui oleh mereka yang berhubungan..

ketika ini..atok berada di persimpangan ini……….mencari sesuatu yang x pasti..

persoalan itu sentiasa bermain di fikiran atok..atok x menduga akhirnya hanya jari ini yang mampu menjawabnya..akal atok masih tidak mampu mencapai persoalan seperti itu..selepas ini atok akan baca lagi entry ini berulang-ulang kali..untuk mengesahkan ianya benar..

Comments
1 Comments

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nape ni atok..???