Cinta...sayang dan cemburu adalah lumrah dalam bercinta...siapa yang x pernah bercinta jangan baca..kerna ini menjauhkan rasa kemahuan anda dalam mempercayai cinta...kah3..atok2..apela yang atok merepek nih...
malam ni..sebelum cucu2 tido..atok ada 1 cerita...tentang C.I.N.T.A
pada zaman dahulu, di sebuah kampung terpencil tinggal sekelompok masyarakat yang hidup aman damai..mereka saling bantu membantu dan beramah mesra antara satu sama lain..di dalam kelompok ini, ada seorang perempuan yang amat jelita...namanya Asma..dia adalah perempuan idaman setiap jejaka di kampung tersebut.namun, disebabkan kemanjaan oleh ibu serta ketegasan ayahnya...Asma' tidak pernah keluar dari rumah tanpa ditemani oleh ibu atau bapanya..
pada suatu hari..ayahnya ditegur oleh emaknya tentang si Asma..mereka berfikir mahu mengkahwinkan Asma dengan seorang jejaka di kampung seberang...Asma pun bersetuju dengan cadangan ibunya kerana Asma mahu hidup berdikari tanpa kongkongan ayahnya..selepas semuanya bersetuju, ayah asma terus ke kampung seberang untuk menemui bapa kepada jejaka yang dimaksudkan oleh ibu asma tadi...
setelah berbincang selama kira-kira sepuntung rokok lamanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengkahwinkan anak mereka...mereka bersetuju untuk menkahwinkan anak masing2 pada purnama hadapan..jejaka itu bernama ikhwan...sepanjang sepurnama menunggu,ikhwan telah mendengar pelbagai cakap2 orang kampung Asma..mereka mengatakan bahawa Asma tidak pandai menjaga diri kerana, ke mana Asma pergi pasti ditemani oleh bapa atau ibunya..malah, mahu pergi ke rumah jiran untuk menghantar sedikit makanan pun ditemani abang sulongnya..pendek kata, Asma ini tidak pernah bergaul dengan orang lain..walhal..dalam hati Asma tidak begitu..Asma ingin bermain bersama rakan sebayanya, namun dihalangi oleh bapanya kerana bimbang akan keselamatan Asma.
setelah sepurnama berlalu..maka Asma dan Ikhwan berkahwin...ke mana sahaja Ikhwan pergi, mesti Asma turut ada bersama..yela...pasangan yang masih lagi dibuai cinta indah..ini menambahkan lagi keyakinan di hati ikhwan bahawa Asma tidak dapat kemana-mana tanpanya..malah, jika ikhwan pergi menjala ikan..Asma lah yang akan tolong mengutip ikan yang terperangkap didalam jaring..mereka hidup dalam keadaan yang bahagia sekali kerana tidak pernah duduk berasingan walau sejenak..
pada suatu hari,ikhwan telah dititahkan oleh sultan untuk berperang..maka, ikhwan terpaksa menuruti perintah sultan tanpa sedikit ingkar pun..maka, ikhwan bimbang tentang isterinya,Asma..setelah berbincang dengan Asma..Asma bersetuju untuk tinggal di rumah jiran sebelahnya iaitu rumah mak cik bedah..mak cik bedah ni penjual kuih..jadi, semasa Asma tinggal dengan makcik bedah..asma menolong mak cik bedah menjual kuih serta pisang goreng..di situ,asma sudah mengenali orang kampung sekitarnya..Asma sudah mula berkenalan dengan orang kampung ikhwan..
setelah perang tamat, ikhwan pulang dengan hati yang menanggung rindu pada Asma..namun, semasa dalam perjalanan pulang, ikhwan terserempak dengan mak cik bedah yang sedang mengutip lada di kebun..ikhwan berasa hairan kerana Asma tiada bersama mak cik bedah..tanpa berlengah, ikhwan terus pulang kerumah degan perasaan hairan,sangsi dan pelik..dicarinya sekitar rumah...TIADA...tiba2, dia terserempak dengan pak Ali...ikhwan bertanya kepada pak Ali jika ada ternampak isterinya..Pak Ali memberitahu bahawa isterinya sedang menjual pisang gorang dikedai mak bedah...makin hairan si ihkwan..tadi, dia nampak makcik bedah dikebun..namun, pak ali mengatakan Asma di kedai Pisang goreng..
ikhwan mula syak sesuatu...mustahil Asma menjual pisang goreng berseorangan kerana sepanjang mereka berkahwin, Asma tidak pernah menegur orang lain kecuali makcik bedah sahaja..lagi pun, sepanjang mereka kahwin..mereka tidak pernah berpisah..sentiasa bersama-sama walau ke tandas sekalipun..tambahan pula, Asma tidak kenal penduduk kampungnya..ikhwan mula syak bahawa Asma mesti sudah terpikat pada lelaki lain di kedai tersebut sehingga berani untuk menjual pisang goreng tanpa ditemani makcik bedah..padahal, makcik bedah memberikan kepercayaan kepada Asma untuk menguruskan gerainya semasa makcik bedah ke kebun..
dengan perasaan syak wasangka, cemburu buta...ikhwan terus menunggu di rumah..dia tidak bertanya pada siapa pun tentang Asma kerana dia menganggap bahawa orang lain tidak tahu apa2 tentang isterinya kecuali dirinya seorang..menjelang petang..Asma pulang..Asma terkejut bila melihat suaminya berada di halaman rumah..dengan rasa rindu dan sayang yang mendalam pada suami..asma mendapatkan suaminya dan cuba memeluk dengan erat..namun, ditepis suaminya hingga Asma rebah..terkejut dengan tindakan suaminya..Asma menangis dan bertanya mengapa suaminya sudah berubah..ikhwan terus menuduh Asma sanggup menduakannya kerana sudah berani keluar rumah tanpa ditemani dirinya dan makcik bedah..asma menerangkan segalanya..namun..atas keegoan yang tinggi..ikhwan tidak percaya pada Asma..ikhwan mengatakan bahawa asma tidak pernah keluar rumah tanpa ditemani oleh ayahnya,ibunya dan dirinya sendiri..ditambah pula cakap2 dari orang kampung sebelah..
dengan hati yang berat..ikhwan meninggalkan asma kerana menganggap asma telah curang padanya..namun ikhwan tidak tahu bahawa sepanjang bersama mak cik bedah..makcik bedah yang memperkenalkan Asma kepada orang kampung..Ikhwan tidak sedar semasa dia ke medan perang,mak cik bedah la yang mengurut perut isterinya yang sedang sarat mengandung...ikhwan tidak tahu, bahawa asma bukannya takut untuk berseorangan..tetapi disebabkan kongkongan ayahnya dan sifat suaminya yang terlalu mengambil berat menyebabkan Asma tidak pernah berenggang dengan ayah,ibu dan Ikhwan sendiri..kini..asma hidup bersendirian menanti kelahiran anaknya...dan kini..asma berasa puas hati kerana niat utamanya untuk berkahwin iaitu bebas dari kongkongan ayahnya tercapai..'terima kasih ikhwan",bisik asma didalam doa...
apa pendapat cucu tentang cerita atok? panjang?hahaha..komen la kat bawah ye..