Dah lama atok x menulis mengikut perasaan atok..perasaan yang dibuai bersama angin nan lalu…berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa..atok harap cucu2 yang membaca tidak berduka kerana atok hanya bercerita tentang perasaan atok sahaja…tiada kaitan dengan cucu-semua…maaf……
buat pertama kali dalam dunia maya..blog atok dipuji dan dikeji…tidak kurang juga yang mula menyukai…atok sedar..atok berada dimana sekarang…baru sejengkal panjang dalam alam ini..atok tidak mengharapkan apa dari cucu..apa yang atok mahu, atok dapat sumbangkan sesuatu selepas atok dah x ada..
sejenak atok berfikir..apa yang atok mahu buat masa sekarang? adakah tidur yang lena dan rehat yang panjang? atau hidup bahagia bersama orang tersayang..atok termenung…apa yang pernah atok sumbangkan untuk orang lain sebelum atok menjejaki alam yang lain..apa yang pernah atok buat untuk membaiki kehidupan masyarakat kearah yang lebih baik?
atok termanggu sendirian..blog ni, atok buat khas untuk cucu2 yang nak baca..di dalamnya, atok tinggalkan segala pesanan tanpa meminta sebarang ehsan…terasa gembira hati kecil atok, tatkala atok melihat ada cucu yang menceduk tulisan atok..atok rasa senang hati bila melihat cucu2 mengajak kawan2 ke blog atok..kerana atok tahu..bahawa atok berjaya sumbangkan ilmu pada cucu..
atok cuba hiburkan setiap yang membacanya..maaf kalau ada tulisan yang buruk isinya..maaf untuk hinaan dan kejiaan pada cucu..maafkan atok kalau ada permintaan atok x dapat atok penuhi..maafkan atok…andai kata atok dah pergi..atok dedikasikan khas blog ini buat cucu-cucu yang sentiasa merindui atok…semoga hilang rasa rindu cucu bila atok tiada lagi..diharap penulisan atok ini akan kekal hingga ke kiamat..
pada cucu-cucu..tolong kongsi apa yang patut tentang penulisan atok kepada kawan-kawan..atok benarkan cucu salin dan tampal setiap huruf, nombor walau noktah sekalipun pada blog cucu..semoga atok x hilang dimata cucu..
ikhkas dari ATOKmu…
JIKALAU BERMASA…VIDEO NI..UNTUK DIKAU CUCUKU..SUPAYA KAU INGAT SIAPA DIKAU…SUPAYA KAU KENAL SIAPA KAMU…