Khamis, 23 Jun 2011

GEMBIRANYA BILA AUKU MASIH BERKUASA

*atok ditukar kepada aku untuk entry ini

11

gambar diatas akan aku rungkaikan kenapa aku gembira dengan AUKU..walaupun segelintir besar aktivis mahasiswa amat menyampah bila disebut AUKU..

Apa sebenarnya AUKU? Akta Kolej dan Universiti..bunyinya semacam akta biasa, tetapi ia adalah musuh bagi aktivis mahasiswa dan senjata bagi pentadbiran universiti..masakan tidak, apabila mahasiswa cuba bersuara maka tangan yang semacam kaki pentadbiran universiti lantas menempelak mahasiswa dengan auku..

aku cuba memahami, apa yang sebenarnya dilawan dan ditentang oleh mahasiswa dengan akta ini..adakah semenjak akta ini diwujudkan secara rasmi, maka mahasiswa tidak boleh belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan baik? atau, Auku menyebabkan mahasiswa dihalang untuk bertanya soalan kepada pensyarah semasa berada di dalam dewan kuliah..

huh! hairan..aku tengok auku tidak menyebabkan prestasi pelajaran mahasiswa tergugat, jauh sekali menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran pensyarah didalam kuliah..adakah ini menunjukkan bahawa mahasiswa yang membantah auku ini mereka yang tidak sedar dek untung kerana dapat belajar dimenara gading dengan bantuan kerajaan tapi masih mahu melawan kerajaan? aku berfikir lagi..jauh otak ku merewang..

imageSTUDENT POWER!

apa student power ni? lebih rumit lagi ditambah dengan student union..kenapa student union dilumpuhkan? apa fungsinya HEP? 1960? mahasiswa menggugat? kaitan mahasiswa dan parti politik? pro mahasiswa dan aspirasi?

aku x pernah dengar pun perkataan sebegini semasa di sekolah menengah dulu..malah, semasa berada dalam kuliah litar elektronik, algebra, kalkulus, elektronik fizik, asas sains bahan, tiada satu pun perkataan seperti di atas tersembul dari mulut pensyarah aku..bila terdengar perkataan sebegini aku terasa pelik..aku cuba mencari balik nota-nota dan latihan yang diberikan pensyarah..maka aku berasa amatlah hampa kerana tiada pun istilah sebegitu..

maka, aku tinggalkan perkataan tersebut tanpa ingin tahu apa yang ada..aku pun tinggalkan sejarah gerakan mahasiswa zaman 1960 dan student union…ahh..semua tu cerita lama…zaman tersebut internet masih terhad, harga barang masih murah, kos sara hidup masih boleh ditanggung..semuanya cerita lama..tiada yang bersangkutan dengan aku..yang aku tahu..aku adalah mahasiswa zaman 2000..orang kata zaman millenium..zaman ICT..zaman harga barang NAIK!

semakin lama aku menghitung usia, semakin terdedah aku dengan dunia..bukan seperti katak dibawah tempurung yang hanya tahu memperjuangkan komuniti dalam tempurungnya semata-mata..aku mulai sedar bahawa aktivis mahasiswa amat membenci auku sehinggakan berlambak “posting” di facebook yang menghina auku seperti AWEK KAMI BENCI AUKU, AUKU MEMANDULKAN MAHASISWA, AUKU MENGONGKONG MAHASISWA, AUKU TIDAK DEMOKRASI, AUKU MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA,AUKU MENYEBABKAN RANKING UNIVERSITI JATUH dan yang lebih hebat AUKU TIDAK ISLAMIK..mahasiswa sudah pandai mengkaitkan agama dengan auku..hebat betul mahasiswa zaman harga barang naik ni..

setelah meretasi pilihanraya kampus, setelah berhimpun di masjid negara (baca demo syabas)..aku rasa semakin jelas kenapa mahasiswa melawan auku..apatah lagi apabila berita sebegini keluar di lamanweb dan dada akhbar

ahh…nampaknya mahasiswa sudah pandai melawan ye..baru umur setahun jangung dah nak lawan pentadbiran..x sedar dek untung! kerajaan bagi biasiswa dan tempat untuk belajar tidak mahu bersyukur..sepatutnya mahasiswa wajib menyokong kerajaan kerana kerajaan beri biasiswa dan tempat belajar (alasan yang selalu diberikan penyokong Penggerak UM)..meminjam kata tun M, tunggu la habis belajar baru berpolitik.

boleh diterima akal jugak

tapi, setahu aku..biasiswa dan kemudahan pendidikan adalah tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah..tidak kira la Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat..kalau lah aku perlu menyokong kerajaan (baca BN)  atas dasar berterima kasih..sampai kiamat BN akan menjadi regim memerintah malaysia..pada hakikatnya BN x ubah seperti Hosni Mubarak..kerajaan regim Hosni Mubarak pun memberikan pendidikan dan biasiswa tetapi zalim dan tetap digulingkan..What the Hell?

sepanjang aku hidup dan hingga hari ini..aku membuat kesimpulan awal bahawa AUKU wajar dikekalkan atas dasar dimana ada penindasan disitu ada perlawanan..

imageaku dapat merasai dengan deria keenam aku bahawa pasti ramai aktivis mahasiswa akan marah dengan pernyataan aku ini..wajib ada yang sumpah seranah..hahaha..

aku menyokong Auku dikekalkan bukan kerana aku setuju dengan Akta tersebut…jauh sekali mengiakan segala seksyen yang terkandung dalam auku..tapi, kerana Auku aktivisme mahasiswa dapat diwariskan walau tiada sebarang isu yang ingin diperjuangkan mahasiswa..

dengan adanya Auku, ini akan menambahkan semangat mahasiswa untuk bergiat aktif dalam menentang kezaliman pihak pentadbiran universiti dan kerajaan..tanpa Auku, tidak mungkin kempen University Muted di Universiti Malaya dapat berjalan..tanpa Auku, mustahil untuk mahasiswa KUIN bangun melawan pentadbiran KUIN yang zalim..tanpa Auku, amatlah janggal untuk mahasiswa bangun mencabar pentadbiran universiti berdepan..kerana mahasiswa tahu bahawa auku itu zalim dan wajar dilawan..maka, atas rasa menetang kezaliman semangat dikumput, kudrat dibina semata-mata untuk melawan auku..ini yang kita mahu lihat..anak muda bangkit kerana berjuang menuntut keadilan dan hak!

maka, auku wajar dikekalkan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi semangat melawan dan menjatuhkan kerajaan yang zalim..itu sebenarnya yang amat ditakuti oleh pentadbiran universiti dan ianya amat jelas kalau dilihat didalam gambar di atas..

mahasiswa pasti akan merayakan kemenangan jika auku dihapuskan..tapi, adakah kita sedar bahawa matlamat sebenar yang patut didokong oleh mahasiswa bukannya menghapuskan auku, tapi melawan penindasan..kerana itu prinsip perjuangan mahasiswa dan gerakan mahasiswa perlu menjurus kepada menegakkan yang hak dan melawan kebatilan.

30511_1393118020630_1012530814_1166171_1243222_ndipersimpangan ini, pemimpin mahasiswa bukannya berteriak untuk menghapuskan Auku kerana agak mustahil untuk kita melobi 2/3 ahli parlimen bagi meluluskan usul menghapuskan Auku..tetapi, kita wajib merangka strategi baru yang lebih berkesan untuk melawan kezaliman pihak pentadbiran dan kerajaan umumnya.kita harus bersama mahasiswa yang banyak untuk menjalankan pelbagai aktiviti bagi meyedarkan mahasiswa segala kesalahan yang dilakukan pentadbiran..

apa yang peting..jangan jadikan Auku sebagai alasan untuk menghentikan aktivisme kemahasiswaan…selagi kita takut dengan Auku, selagi itu mereka akan gunakan auku untuk melawan gerakan mahasiswa..kerana itu point terakhir dalam pendahuluan (rujuk gambar paling atas) ialah Auku berjaya mengekang kegiatan pelajar….ini kerana, kebanyakan mahasiswa masih gentar bila dihadapkan Auku..maka, auku masih terpakai..kerana itulah point paling awal dalam pendahuluan adalah gerakan pelajar tidak boleh dipandang ringan kerana mahasiswa mampu mengubah landskap politik dunia..kitalah yang mencorakkan masa hadapan negara! mahasiswa bukannya ingin menjatuhkan kerajaan, tetapi menegakkan keadilan untuk mahasiswa dan rakyat amnya.

kalaulah gentar pada Auku..bagaimanapula dengan ISA? sama-sama kita fikirkan

usah dilayan pada auku..apa yang penting, kerjasama untuk mengumpul kudrat memperkukuhkan gerakan mahasiswa dalam menentang kezaliman dan menegakkan yang hak! selagi kita rasakan kita benar, pantang berundur walau diugut.bak kata pepatah melayu, berani kerana benar takut kerana salah..

selamat berjuang anak muda di universiti

baling (1).jpg 1974

Comments
1 Comments

1 ulasan:

Pha Is berkata...

uih.. pnjang nyer... hehehe.. suka ideologi ni... auku dikekalkan supaya mahasiswa "sedar"...