Selasa, 4 Januari 2011

PETUA MANDI YANG BETUL

image

atok dapat artikle ni dari FACEBOOK kawan atok..meh la baca…cam best je..hahaha

cuba check..betul x cara cucu mandi sebelum ni?

Sebelum itu, atok ingin bertanya. Bagaimanakah cara cucu mandi setiap hari? cucu basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau anda jirus dari bahagian tengah (badan) dulu?

cara itu kurang baik. Sebab atok pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih baik dan patut diamalkan oleh semua orang.

Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.

Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Isnin, 3 Januari 2011

PENDIDIKAN SEKS : PERLU ATAU TIDAK?

sex
haish! baru je mula semester da nak start menggatal? hahaha…bukan niat nak menggatal,..tapi berdiskusi..
bukan semenjak dua menjak ni je..malah dah bertahun-tahun soal pendidikan seks ini dibincangkan..malah x pernah ada keputusan muktamad..hmmm…nak bincang x? hehehe

AWAS..JANGAN MENGGATAL

KENAPA PERLU PENDIDIKAN SEKS?

untuk mengelakkan pembuangan bayi? ye ke? cucu rasa..kalau pendidikan seks ini diterapkan seawal pelajar sekolah rendah..adakah kita mampu membendung gejala pembuangan bayi? adakah patut kita ajar mereka..kalau xnk lahirkan bayi…PAKAI KONDOM…

SELESAI KE KALAU PAKAI KONDOM?

atok nak tanya cucu…pernah x korek idung lapik pakai plastik? kalau x pernah..cuba buat..sedap x? begitu juga dengan pemakaian kondon..kalau dah rasa seks menggunakan kondom itu tidak sedap..maka mereka x pakai kondom lagi…masalah x selesai jgk..

APA YANG PERLU DIAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN SEKS?

yang ini terserah pada kebijaksanaan kerajaan dan kementerian yang terlibat..buat masa sekarang, internet sudah menyediakan lebih daripada apa yang patut dipelajari..di peringkat sekolah? adakah kita yakin bahawa pelajar tidak akan mencari sumber berunsurkan seks di internet selepas pendidikan seks di jalankan?

sudah tiba masa kerajaan dan kementerian merujuk kembali agama..mana-mana agama sekalipun mengeji perbuatan berzina ini..apatah lagi agama rasmi negara kita..iaitu islam..diharap apa yang dirujuk untuk pendidikan seks ini melalui agama..

ADAKAH PENDIDIKAN SEKS WAJAR DILAKSANAKAN?










View results
Free online survey

APA PENDAPAT CUCU?