Ahad, 26 Jun 2011

[WAJIB BACA] PANDUAN PENTING SEMASA DEMO BERSIH 2.0

atok nak kongsi sikit beberapa panduan yang amatlah penting dan semua wajib tahu sebelum turun ke sebarang demonstrasi apatah lagi demonstrasi yang besar seperti MANSUHKAN ISA dan juga BERSIH..

dah baca pesanan pertama atok? lau belum baca..boleh baca disini : [FORWARD] PESANAN PENTING KEPADA PESERTA BERSIH! | peTUA KITA semua

Sila baca dan ingat apa yang perlu dilakukan..atok hanya petik beberapa bahagian yang amat penting sahaja..benda lain pun banyak seperti bawa bendera negeri, pakai baju yang seragam n bla2..tapi, atok nak berkongsi pasal ISU KESELAMATAN SEMASA DEMO

  1. imageSetiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  2. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  3. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  4. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  5. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  6. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  7. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  8. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula

itu sahaja dari atok buat masa sekarang..

imagesalute buat mereka yang berani~

P/S : tolong sebarkan kepada semua yang akan menyertai demonstrasi BERSIH 2.0 nanti..TQ

P/S : Klik iklan disebelah untuk tambah dana atok nak gi BERSIH 2.0 nanti -------------------->

 

imageimage

 

 

sumber : SUARAM » Blog Archive » Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0

Comments
3 Comments

3 ulasan:

Unknown berkata...

Jagalah keBERSIHan Bandar kita!

Tanpa Nama berkata...

Beressss. Jumpa di sana.

AiMaN berkata...

@Azrin Anuar bila turun..call aku